rentak + rencah

apabila tukul bersua dengan paku, rentak irama sama indah kedengaran.tautan tumit mencengkam lantai.indah khabar mungkin dari berita. salam kasih ku hulurkan buat teman2 kalian.SELAMAT DATANG saya ucapkan di laman wadah impian.moga ikatan silaturrahim terjalin sepanjang zaman.

Tuesday, 8 October 2013

Siapa ALLAH di hatimu??



DIA
Kita bicara tentang DIA,
Kau berdiri di bumi,
Tuhanmu tetap DIA,
Kau terbang di awanan,
Tuhanmu tetap DIA,
Kau berlari ke utara,
Kau merenung ke selatan,
Tuhanmu tetap sama DIA,
Kau mentadbir siang dan memenuhi malam,
Kedua-duanya bersama tuhan itu jua, DIA,
Nendamu pada zaman silam,
Warismu pada masa hadapan,
Semuanya hamba tuhan yang sama, DIA,
Dunia pun DIA lah tuhan,
Akhirat nanti DIA tetap tuhan,
Dikau derhaka pun DIA tetap tuhan,
Dikau bertaqwa pun DIA tetap tuhan,
DIA tidak bergantung kepadamu,
Namun dikaulah yang sangat memerlukan DIA,
Lantas, siapa DIA di hatimu?

Hanya DIA sebaik-baik Penolong...
Sandarkanlah  segalanya pada DIA...





Monday, 22 July 2013

Salam Pertemuan Pertengahan Ramadhan

Assalamualaikum...

Apa khabar buat sahabat semua...
Lama kita tidak bersua...
Mungkin hampir 2 tahun...
Ku harap sahabat sihat semua dalam limpahan rahmatnya...

Hari ini merupakan 14 Ramadhan 1434H...
Semoga Ramadhan kali ini kita merupakan yang terhebat...
Berbanding Ramadhan yang sebelum ini...

Buat pertama kali setelah lama menghilang...
Diri ini hanya ingin bertanya khabar...
Semoga kalian sihat-sihat sahaja...

"Tingkatkan Ibadah Perkukuhkan Akidah Mantapkan Iman"



Wednesday, 26 October 2011

Selamatkan Akidah by Munsyid Malaysia









Ayuh kita bersama
satu hati suara
meluahkan rasa gundah dijiwa
gejala melanda akidah umat dicabar
marilah kita pertahankannya

bersatu suara dan satu usaha
bergandingan tangan mengapai cita
tiada mustahil jika umatnya teguh bersama
dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

andainya warga bersatu
kan gentar seteru
angin sengketa pun takkan mampu bertiup
keimanan yang utuh
tidakkan mampu luntur
biarpun dihasut musuh-musuh agama

mantap akidah untuk agama
perkasa ummah untuk negara
bersatu jiwa tak kira warna kulit dan bangsa
erti bersaudara

marilah kita bersama 
zahirkan rasa keperihatinan
dalam usaha selamatkan akidah ummah

ya robbi salim na
wa salim imanana
wa salim tauhidana


bersatu suara dan satu usaha
bergandingan tangan mengapai cita
tiada mustahil jika umatnya teguh bersama
dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

andainya warga bersatu
kan gentar seteru
angin sengketa pun takkan mampu bertiup
keimanan yang utuh
tidakkan mampu luntur
biarpun dihasut musuh-musuh agama

mantap akidah untuk agama
perkasa ummah untuk negara
bersatu jiwa tak kira warna kulit dan bangsa
erti bersaudara



mantap akidah untuk agama
perkasa ummah untuk negara
bersatu jiwa tak kira warna kulit dan bangsa
erti bersaudara

marilah kita bersama 
zahirkan rasa keperihatinan
dalam usaha selamatkan akidah ummah


p/s: melodi dan liriknya telah memikat saya dan mengambil keputusan untuk meletakkan dalam entri saya kerana sudah lama saya menyepikan diri dari blog ini...selamat berhibur...minta izin munsyid malaysia untuk saya berkongsi bersama rakan-rakan saya.....


Monday, 4 July 2011

ce cite ce cite

assalamualaikum...




apa khabar semua???
sudah lama rasanya saya tidak menulis kat entry ini~
maklumlah kesibukan urusan rumahtangga menghalang saya untuk meluangkan sedikit masa untuk berkongsi cerita, harap maklum saya belum bersuami, betul saya masih bujang trang tang tang aw, jangan tak percaya~
bukan itu sahaja, menjadi seorang kakak yang mithali, anak yang rajin serta cucu yang di harapi menjadikan saya seorang yang sangatlah sibuknya sebelum saya menjalani kerjaya sebagai seorang pekerja~
itulah tugas saya sebagai hamba di muka bumi ini~
kenelah berbakti selagi mereka masaih memerlukan kite~


memang jelas, tuntutan sebagai seorang ibu sangat penat~
siapa kata menjadi surirumah adaah satu kerjaya yang selamat dan paling senang??
saya sangkal sama sekali, hakikatnya adalah amat berbeza dari apa yang dikatakan kerana pengalaman itu saya rasai sendiri, walaupun bukan semua kerja rumah itu saya lakukan, saya hanya membantu sebahagian sahaja tugas ibu saya itu kalau dibandingkan dengan melakukan semua tugas itu mungkin saya sendiri tidak berdaya~
sungguh besar pengorbanan seorang wanita sebenarnya tambahan pula apabila seorang wanita itu harus menjadi seorang isteri, ibu malah seorang yang bekerjaya~
cubalah kalian bayangkan?? seusia umur saya ini pun saya sudah mengeluh inikan pula usia ibu kite, isteri kite menjangkau 30-an, 40-an mahu pun 50-an yang ligat di rumah juga ligat di luar mencari nafkah untuk membantu sang suami~
cubalah kalian bayangkan dan renungkan~


ok, berbalik kepada perkembangan saya kini~
kini, saya memutuskan untuk mencari sedikit duit poket untuk menyambut lebaran dan untuk saya sisipkan buat saya menyambung kembali pengajian saya kecbidang yang lebih tinggi~
doakan lah mudah-mudahan saya akan dapat menyambungkan pengajian saya kebidang ijazah kejuruteraan awam~
mudah-mudahan suatu hari nanti saya dapat menyandang jawatan sebagai seorang "Ir"~hehehe..(*insyaallah)


ye,hari ini merupakan hari pertama saya bekerja~
terima kasih kepada "kak long dan abg atai" coz terima saya untuk menimba pengetahuan di kedai hardware kalian~
semoga pengalaman yang saya akan kutip boleh digunapakai dalam pengajian saya akan datang~
terima kasih juga kat "ateh dan kak jaja" coz terima saya untuk menumpang di teratak mereka ini~
kalau tak kenelah sewa rumah dan mungkin saya xkan dapat kerja kat situ coz tanpa ateh saya mungkin xkerja lagi coz xberani nak ckap ngan bos ( walaupun bos sebelah rumah je ) ~hehehehehe


wah, kerja hari pertama~
awal pagi:-
agaklah bosan, maklumlah budak baru kan~
so, diaorang xdelah nak buli sangat coz saya xkenal barang sepenuhnya dan katmane tempat barang-barang yang customer nak~hehehehe dan saya pun tak tahu berapa harga barang tersebut~
task pertama kenal barang dan ingat kat mana serta masukkan stok~
kira oklah dan penat tu terasa la juga~
tipulah kan kalau saya cakap xpenat~
kira oklah kerja hari ini, mungkin esok lagi mencabar, mana tahu???
betol kan~




p/s:
:::tahniah kat adik coz hari ini ko selamat mendaftar sebagai seorang pelajar politeknik premier johor bahru dan maaf banyak-banyak saya xdapat nak teman kan tuk pendaftaran tersebut~
:::da besar kenalah berdikari, saya yakin adik boleh~
:::tak salah berdikari seiring dengan usia kan, lagipon semakin jauh menimba ilmu semakin banyak yang kita akan pelajari~

Sunday, 12 June 2011

peringatan diri

Assalamualaikum


walaupun kini masih di awal rejab.
tapi kini kita boleh lihat kehebatan dan lambakan iklan mempromosikan produk2 mereka untuk melariskan jualan sebelum musim perayaan tiba. tidak dapat lari jua bagi diri ini, walaupun diri ini xmampu untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan tapi tidak salah bukan untuk membantu kaum keluarga berniaga secara kecil2 sama ada secara langsung mahu pun secara 'online'. bak kata pepatah "kita membantu orang mungkin suatu ketika perjalanan kita akan lebih di permudahkan". maklum sahaja lah 'trend' berniaga secara online ini semakin memberangsangkan bagi pasaran di negara kita kini.




 
nak tengok banyak lagi, just klik link ini
 nak order boleh lah order kat saya. just pm me. harga boleh lah kita bincang.


kini sudah rejab, syaaban sedang mengintai, tidak lama kemudian Ramadhan yang ditunggu pun akan menyusul. kita itu, kita sebagai umat islam perpusu2 mencari keredhaan ilahi.  mengejar ibadat siapakah yang lebih banyak dan ibadat siapakah yang akan di terima oleh-Nya. semua itu kita xmampu untuk mengukurnya, hanya pencipta kita yang lebih mengetahui. so, mulai saat dan detik ini saya ini sebangai hamba-Nya mengingati kepada diri saya sendiri jua kepada mereka yang masih belum melunaskan hutang2 puasa hendaklah anda tu berbuat segera sebelum bulan Ramadhan datang menyinggah kita. jangan lah kita lalai dan leka, serta berbuat2 lupa dengan apa yang pernah kita lakukan pada Ramadhan sebelum in.


p/s :
-jangan lupa laksanakan tanggungjawab dan kewajipan anda.
-buat teman dan rakan jangan lupa untuk membuat tempahan.
-segala kemuskilan anda saya akan layan.


Wassalam...(*_*)

Friday, 10 June 2011

hati penganggur



kadang2 bila kita dah jadi penganggur ni seronok ada bosan pon ada.tapi banyak bosan la dari seronok.apa tidaknya dalam genggaman tak de 'fulus'.tapi dalam hati meluap2 nak beli macam2.maklumlah dulu before abis stdy cakap nak kerja nak beli macam2 yela tergugat dan terpengaruh dengan kawan2 yang dah memiliki macam2 yang keinginan untuk memenuhi kehendak nafsu diri.




inilah sebenarnya perasaan ku, 
tapi TAKUT ak lebih banyak dari nak kerja, macam kelakar kan.




yela dulu time stdy, nak pape duit pinjaman ada xpon just mintak je dengan pa&ma cornfm la dapat xkesah lah cepat or lambat tapi sekarang nak mintak macam xpatut plak. yela sepatutnya kita da abis stdy kite yang support pa&ma ni xkan still nak mntk kot.kalau stdy mungkin ada logiknya nak mintak coz kite time tu terikat dengan stdy tapi bile dah jadi pengganggur macam xpatut la plak. yela tubuh badan kita jauh lebih sihat dan cergas jika nak dibandingkan dengan pa&ma kita kan. sepatutnya kita  pulak bagi pa&ma rest tuk pa&ma kita an. tapi apakan daya kami ini penganggur hehehehe. nampak benar la kamu tu xlayak nak bekerja kan.

eah.. pembentulan sikit bukan xlayak, kami belum bersedia nak bekerja dan mood nak study tu masih tebal. bukan nak harapkan family je tapi mungkin suatu hari nanti sekiranya kami sambung study, perkembangan kami jauh lagi baik dari sekarang mana tahu.mungkin dari persiapan berhadapan dengan majikan, pelanggan atau rintangan dalam pekerjaan, mungkin juga kadar gaji kami jauh lebih baik dengan pencapaian sekarang ini.siapa tahu.?? betul x kawan.


relak sudah kan masih muda, tuntut ilmu selagi mampu. nanti kalau kita di takdirkan untuk bekerja mungkin saat itu akan ku balas jasa family ku yang sudah banyak bekorban saat ku masih kecil sehingga kini.tanpa kalian ku tak kan mampu berdiri sebagai diri sendiri.sayang semua.

buat teman, jangan di lupa pada mereka yang pernah bersusah payah untuk melihat kita berjaya pada masa akan datang.
terima kasih jua buat kasih yang diberi saat diri ini belum mengenal apa erti perjuangan. 






Thursday, 9 June 2011

~keterujaan~

Salam...
waaaa...cam xpercaya skurnk nie ak da ad blog sendri..
"TUKUL BESI TUMIT SEINCI"
mempunyai maksud yang tersirat n tersurat ye...
yang penting ak skunk teruja sngat...ye ar, selalu ak baca wadah2 yang kawan2 ak create...
now, ak bole ar create n bole kongsi bersama ngan kawan2 semua ap yang ak rasa...

apa2 pon nie semua pengaruh2 yang ak dapat dari kawan2 ak....
terutamanye ana faryana n fatin nabila...
ap xnye ak selalu baca coretan yang dorg wat, so, mendorong ak pon nak wat blog sendri...
so, ad suke duka n bengang pon ak bole tulis kat sini...
xsalah kan...nie pon ak terpengaruh ngan along coz dei baru jew create blog die td...
lawak kan ak nie...cm xlogik nk wat blog...
tapi ne ar taw t 1 masa ak bole wat busniss ngan blog nie...hehehehe...
hope korg semua sokong ar...

diam x diam da dekat 2 bulan ak jadi penganggur terhormat kat umah abang ak nie...
betol kata orang, bile kite stdy kite xsabar nk abis n bie da abis blaja kite ak rindu time stdy..cm 2 ar yang ak rasa skunk nie...
2 ar nama ye manusia xpnah puas ngan ap yang die ad...hehehehe...
yela, usia kite makin meningkat bukan makin berkurangan plak an...

tapi 1 yang ak nak story kat sini....
berapa teruja n happy ye ak bile ak di beri peluang dari Ilahi tuk merasai detik2 kelahiran...
ak nak tanya penah x korng alami saat menanti kelahiran...????
mst xpenah an...
walaupun bukan ak yang nak bersalin tapi saat2 cemas 2 xdpt ak nak gmbar an...
cm ak plakyang bersalin...

ye ar 1 famly ak da bimbang ye ar ikut an due kelahiran sepatutye da lahir da bby  nie...tapi mungkin die belum bersedia nak klua so saje ar an wat ktrg semua suspen...
detik 19 mei 2011, 
akk ipar ak da rasa cm nak bersalin...
sepanjang ari seba xkene, mundar mandir, kejap baring kejap berjaan...yang penting die da xselesa nak duduk...
ak ngan xpenah ye jaga org nak bersalin nie duk ar sama mundar mandir..
nak masak xsenang, nk tdo xsenag...
sampi ar ke ptg...abg ak balik keje...seterusnye malam...
ktorg pon resah ar, bawa ar akk ipar ak nie g hospital sg buloh...sekali tggu kat dewan bersalin, nah ko, da tau 29 org ngah tggu...perrghh bia btol...ramai ye yang nak bersalin waktu2 nie...g ar meja pendaftran tnye ar..."xpe ke kalau da lambat due 2 ari tapi xklua tanda??"...jawab ar nurse 2 "xpe, xde masalah, nk dftr kew???, bole nk daftar tapi xde tempat ar...kne tggu ad 29 org g nie nk kne check"..ooh my god...ramai ye..
kitorg pon balik ar bile tny akk ipar die bole agi...
smai umah dalam kul 8.30 mlm...ak pon duk lepak2 smbil layan FB...
ad ar dalm 30 mnt ak duk lepak2...tiba2 abg ak gtau, "akk ko da klua tanda jom siap2"...
ak ngn sepantas kilat da siap masuk kete...ak terfikir, cm ne ngn ank die yng sulung nie...da ar xpnh berenggang ngn mama baba die..da ar ad tabiat yang xde sape bole ganti an tmpt mama n baba die...ish3....cm ne ea....
smpai hosptal akk ipar nie masuk ar dewan bersalin..check2 da 6cm....
ak pon di ambil ngan abg ak kat Taman Melati....ak ngn ank buah ak pon tdow umah die...
korg tau x, ak xleh tdow...gara2 die xpenah berenggang ngan parent die...sepanjg malam ak xleh tdow coz die xdpt "candu" die nk tdo....tapi akhrye die tdow atas riba ak coz kepenatan main...he3...

last3, ak dpt ar berita.......
ak dapat lagi anak buah gegurlz pada jam 1.41 pagi (20 mei 2011)...
berat ye 3.42kg lebig brat dari kakak die...ish3......



nie ar bby ye...ciut miut an....
nama nye "AMNA RASYIQAH"...
sedap x....



nie ar kakak amna...
kecik jew...
nama kakak nye "AMNI RIFQAH"

ok ar...smpi kat sini jew ar coretan ak nie...
kira ok ar 1coretan an...tuk ak kongsi an sama2 ngn korng pengalaman seumur hidup ak sebelum ak sendri menghadapi peristiwa ini...hehehehehehehe...
wassalam..(*_*)