assalamualaikum...
apa khabar semua???
sudah lama rasanya saya tidak menulis kat entry ini~
maklumlah kesibukan urusan rumahtangga menghalang saya untuk meluangkan sedikit masa untuk berkongsi cerita, harap maklum saya belum bersuami, betul saya masih bujang trang tang tang aw, jangan tak percaya~
bukan itu sahaja, menjadi seorang kakak yang mithali, anak yang rajin serta cucu yang di harapi menjadikan saya seorang yang sangatlah sibuknya sebelum saya menjalani kerjaya sebagai seorang pekerja~
itulah tugas saya sebagai hamba di muka bumi ini~
kenelah berbakti selagi mereka masaih memerlukan kite~
memang jelas, tuntutan sebagai seorang ibu sangat penat~
siapa kata menjadi surirumah adaah satu kerjaya yang selamat dan paling senang??
saya sangkal sama sekali, hakikatnya adalah amat berbeza dari apa yang dikatakan kerana pengalaman itu saya rasai sendiri, walaupun bukan semua kerja rumah itu saya lakukan, saya hanya membantu sebahagian sahaja tugas ibu saya itu kalau dibandingkan dengan melakukan semua tugas itu mungkin saya sendiri tidak berdaya~
sungguh besar pengorbanan seorang wanita sebenarnya tambahan pula apabila seorang wanita itu harus menjadi seorang isteri, ibu malah seorang yang bekerjaya~
cubalah kalian bayangkan?? seusia umur saya ini pun saya sudah mengeluh inikan pula usia ibu kite, isteri kite menjangkau 30-an, 40-an mahu pun 50-an yang ligat di rumah juga ligat di luar mencari nafkah untuk membantu sang suami~
cubalah kalian bayangkan dan renungkan~
ok, berbalik kepada perkembangan saya kini~
kini, saya memutuskan untuk mencari sedikit duit poket untuk menyambut lebaran dan untuk saya sisipkan buat saya menyambung kembali pengajian saya kecbidang yang lebih tinggi~
doakan lah mudah-mudahan saya akan dapat menyambungkan pengajian saya kebidang ijazah kejuruteraan awam~
mudah-mudahan suatu hari nanti saya dapat menyandang jawatan sebagai seorang "Ir"~hehehe..(*insyaallah)
ye,hari ini merupakan hari pertama saya bekerja~
terima kasih kepada "kak long dan abg atai" coz terima saya untuk menimba pengetahuan di kedai hardware kalian~
semoga pengalaman yang saya akan kutip boleh digunapakai dalam pengajian saya akan datang~
terima kasih juga kat "ateh dan kak jaja" coz terima saya untuk menumpang di teratak mereka ini~
kalau tak kenelah sewa rumah dan mungkin saya xkan dapat kerja kat situ coz tanpa ateh saya mungkin xkerja lagi coz xberani nak ckap ngan bos ( walaupun bos sebelah rumah je ) ~hehehehehe
wah, kerja hari pertama~
awal pagi:-
agaklah bosan, maklumlah budak baru kan~
so, diaorang xdelah nak buli sangat coz saya xkenal barang sepenuhnya dan katmane tempat barang-barang yang customer nak~hehehehe dan saya pun tak tahu berapa harga barang tersebut~
task pertama kenal barang dan ingat kat mana serta masukkan stok~
kira oklah dan penat tu terasa la juga~
tipulah kan kalau saya cakap xpenat~
kira oklah kerja hari ini, mungkin esok lagi mencabar, mana tahu???
betol kan~
p/s:
:::tahniah kat adik coz hari ini ko selamat mendaftar sebagai seorang pelajar politeknik premier johor bahru dan maaf banyak-banyak saya xdapat nak teman kan tuk pendaftaran tersebut~
:::da besar kenalah berdikari, saya yakin adik boleh~
:::tak salah berdikari seiring dengan usia kan, lagipon semakin jauh menimba ilmu semakin banyak yang kita akan pelajari~