rentak + rencah

apabila tukul bersua dengan paku, rentak irama sama indah kedengaran.tautan tumit mencengkam lantai.indah khabar mungkin dari berita. salam kasih ku hulurkan buat teman2 kalian.SELAMAT DATANG saya ucapkan di laman wadah impian.moga ikatan silaturrahim terjalin sepanjang zaman.

Tuesday, 8 October 2013

Siapa ALLAH di hatimu??



DIA
Kita bicara tentang DIA,
Kau berdiri di bumi,
Tuhanmu tetap DIA,
Kau terbang di awanan,
Tuhanmu tetap DIA,
Kau berlari ke utara,
Kau merenung ke selatan,
Tuhanmu tetap sama DIA,
Kau mentadbir siang dan memenuhi malam,
Kedua-duanya bersama tuhan itu jua, DIA,
Nendamu pada zaman silam,
Warismu pada masa hadapan,
Semuanya hamba tuhan yang sama, DIA,
Dunia pun DIA lah tuhan,
Akhirat nanti DIA tetap tuhan,
Dikau derhaka pun DIA tetap tuhan,
Dikau bertaqwa pun DIA tetap tuhan,
DIA tidak bergantung kepadamu,
Namun dikaulah yang sangat memerlukan DIA,
Lantas, siapa DIA di hatimu?

Hanya DIA sebaik-baik Penolong...
Sandarkanlah  segalanya pada DIA...





Monday, 22 July 2013

Salam Pertemuan Pertengahan Ramadhan

Assalamualaikum...

Apa khabar buat sahabat semua...
Lama kita tidak bersua...
Mungkin hampir 2 tahun...
Ku harap sahabat sihat semua dalam limpahan rahmatnya...

Hari ini merupakan 14 Ramadhan 1434H...
Semoga Ramadhan kali ini kita merupakan yang terhebat...
Berbanding Ramadhan yang sebelum ini...

Buat pertama kali setelah lama menghilang...
Diri ini hanya ingin bertanya khabar...
Semoga kalian sihat-sihat sahaja...

"Tingkatkan Ibadah Perkukuhkan Akidah Mantapkan Iman"